Pengasas Aculife (M) Sdn Bhd

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah tidak terhingga kerana diberi kesempatan dan kesihatan tubuh badan untuk menjadi wakil dan pengasas Aculife (M) Sdn Bhd Di Malaysia. Aculife (M) Sdn Bhd diasaskan pada tahun 2004 di Bawah Akta Syarikat 1965. Kempen yang dipanggil “the ways to a healthy life” yang dibawa oleh kerajaan melalui aktiviti promosi kesihatan bagi menggalakkan masyarakat mengaplikasikan kehidupan yang berkualiti.

Tujuan saya hanyalah mahu melihat semua orang sihat termasuk yang kurang berkemampuan untuk memiliki alat kesihatan alternatif ini. Hingga kini saya melihat alat kesihatan alternatif ini tidak mempunyai masalah dan tidak memudaratkan malah ianya membantu di dalam proses penyembuhan penyakit.

Dr. Muhd Riduan Hoe

DHMS (Msia), TMMPA, TMPSA,

TMASC, AMA, AMSC (Taiwan)

CEO Aculife (M) Sdn Bhd

Saya juga merupakan seorang pesakit kanser kronik yang telah terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan saya koma selama 6 bulan pada 1994 dan mengalami sejarah hidup yang menyayat hati sejurus selepas kemalangan tersebut. Berbekalkan semangat waja untuk meneruskan kehidupan tanpa sesiapa di sisi, saya dipertemukan dengan satu rawatan yang menjadikan saya “hidup semula” dari tragedi ngeri yang menimpa. Rawatan tersebut adalah Rawatan Ion Negatif Aculife. Alhamdulillah hasil usaha dan semangat yang tinggi, saya bertekad untuk memperkenalkan Aculife kepada masyarakat Malaysia pula.

Sehingga kini, Aculife telah dikenali ramai dan saya, Dr. Muhamad Riduan Hoe sendiri telah menjadi pengguna produk Aculife sepenuhnya sejak 1998.

” Misi utama Aculife adalah untuk memperkenalkan kepada umum produk dan servis kesihatan dan kecantikannya, akan tetapi lebih cenderung memberikan pendidikan dan panduan bagi kehidupan. “