Project Description

Rawatan Vakum Saraf

Rawatan Vakum Saraf

RAWATAN VAKUM SARAF ACULIFE….juga dipanggil rawatan bekam yang menggunakan Mesin perangsang vakum saraf jenis dwi interferential yang mempunyai arus CWW-101D jenis dwi interferential. Ia berkesan terutamanya untuk melegakan kesakitan menggunakan cawan vakum yang ditempatkan di atas atau berhampiran kawasan kesakitan.

Pada dasarnya ia menggunakan ransangan arus interferential dalam cara pelbagai mod rangsangan mengikut jenis simptom.

Bekam merupakan terapi kuno dari Arab yang sudah dipraktikkan sejak zaman Rasulullah dahulu. Bekam sendiri dibezakan menjadi dua jenis iaitu bekam darah dan bekam angin. Bekam angin menitikberatkan pada stimulasi hisapan pada titik tertentu tanpa melibatkan tusukan dengan jarum. Bekam angin merupakan terapi bekam ringan yang khasiatnya tidak kalah dengan bekam darah. Manfaat bekam angin cenderung lebih sebagai relaksasi dan stimulasi seperti terapi akupuntur pada masyarakat Cina.

Manfaat Sesungguhnya dari Bekam Angin

Bekam angin merupakan proses stimulasi pada permukaan kulit dan otot di bawahnya sehingga aliran darah, saraf, dan jaringan dapat dipengaruhi secara positif. Walaupun sifatnya sama dengan pengurutan, namun ada mekanisme berbeza antara bekam angin dengan pengurutan. Jika pengurutan dilakukan dengan memberikan tekanan pada otot, maka bekam angin sebaliknya dengan menerapkan hisapan atau tarikan pada otot. Penghisapan ini akan menyebabkan otot menjadi rileks, kendur, dan dapat memicu aliran darah menuju ke titik yang dibekam. Hal ini sangat penting untuk penyembuhan otot yang cedera, keletihan, serta dapat membantu merelaksasi titik yang dibekam. Bekam angin boleh menjadi terapi yang baik bagi penderita hipertensi kerana hisapan bekam angin dapat menstimulasi saraf dan memperbaiki aliran darah menjadi lebih lancar.

Manfaat bekam angin yang lain adalah boleh membantu membersihkan sumbatan yang terjadi di aliran darah. Penyumbatan ini diakibatkan oleh racun – racun dan sel – sel darah mati. Bekam angin dapat menstimulasi aliran darah yang lebih lancar sehingga penyumbatan dapat diatasi.

Bekam angin popular sebagai kaedah yang baik untuk menghilangkan berbagai macam masalah kesihatan ringan seperti flu, pusing, asma, gangguan pencernaan, sengal-sengal, masuk angin, rematik, dan lain sebagainya. Bahkan bekam angin di bahagian kepala juga dipercayai dapat meningkatkan daya ingatan serta kecerdasan pada anak. Boleh disimpulkan jika bekam angin tidak kalah manfaatnya dengan bekam darah yang dapat mengatasi berbagai macam penyakit.

Isi borang dibawah untuk sebarang pertanyaan atau tempahan