Project Description

Rawatan Muka

Rawatan Kecantikan

ACULIFE bukan sahaja menawarkan rawatan alternatif bagi kesihatan tubuh malah juga kecantikan tubuh dan wajah. Di ACULIFE (M) SDN BHD, kami menyediakan perkhidmatan bagi rawatan kecantikan, di mana tersedia rawatan kecantikan muka dan rawatan pelangsingan badan.

Bagi rawatan kecantikan wajah, Aculife menggunakan mesin kecantikan terbaik No.1 iaitu S1 LIFTING BEAUTY MAGIC DEVICE dan mesin terkemuka global bagi memerangi jerawat T1 RED DIAMOND ACNE FIGHTER.

S1 Lifting Beauty Magic Device:

S1 LIFTING BEAUTY MAGIC DEVICE digunakan ke atas kulit wajah dan tubuh dengan menggunakan prinsip fizik untuk mencergaskan dan menegangkan otot-otot muka serta mengaktifkan sel-sel dalam peringkat derma yang menghasilkan kolagen dan protein serat lastik, dengan serta merta dapat menegangkan dan menganjalkan kulit. S1 adalah alat regangan kulit yang menggunakan gelombang frekuensi. Semasa menjalankan proses penegangan kulit wajah, ia akan menggiatkan tenaga positif atau “qi”. Rawatan wajah dengan menggunakan mesin S1 ini adalah yang pertama dalam industri kecantikan yang boleh menembusi lapisan kulit kira-kira 0.7cm, mengaktifkan sel-sel serta mengaktifkan semula pengeluaran kolagen, menghilangkan kedutan dengan cepat, berkesan , mudah dan sofistikated disamping menjadikan wajah anda berseri dan awet muda.

T1 Red Diamond Acne Fighter:

T1 RED DIAMOND ACNE FIGHTER juga digunakan dalam proses rawatan wajah di Aculife. Jerawat dan blackhead tidak lagi perlu dikeluarkan dengan tangan. Tiada lagi kesakitan yang boleh melukakan kulit wajah anda. Alunan mikro berfrekuensi tinggi dengan lapisan berlian yang pertamanya dapat membersih jerawat dan keratin lama secara mendalam, melembutkan garis halus, meningkatkan kandungan kelembapan kulit, memperbaiki sel dan meningkatkan penyerapan.

Rawatan wajah dengan penggunaan mesin T1 aculife membolehkan:

  • Sinar infranya boleh memperbaiki molekul air dalam badan, mengaktifkan sel dan memperlahankan penuaan.
  • Sinar infra merahnya juga dapat meningkatkan suhu dalam lapisan kulit , mengembangkan kapilari untuk peredaran darah, menggalak dan menghasilkan enzim, mengaktifkan sel-sel dan fungsi ketahanan diri.
  • Fungsi utamanya juga bagi menghapus jerawat, mengurangkan garis halus dan meneutralkan pigmentasi.

Rawatan kecantikan di Aculife juga sangat berkesan dengan penggunaan kosmetik 100CT, jenama kosmetik antarabangsa yang memberi ketahanan yang dapat menembusi kulit serta melembutkan dan mengekalkan kecantikan kulit.Kosmetik ini dapat menggalakkan resapan tinggi sel intipati caj elektrik menarik dan menimbulkan , menjamin kelembapan, menyingkir kedutan dan mencantikkan.

Isi borang dibawah untuk sebarang pertanyaan atau tempahan