Project Description

Rawatan Kecantikan Badan

Rawatan Pelansingan Badan

Aculife juga menyediakan rawatan pelangsingan tubuh badan dengan mesin frekuensi terapi nya yang dapat meransang otot dan sendi badan. Selain itu, rawatan ini dapat meningkatkan metabolisme tubuh sekaligus dapat memberi impak dalam pembentukan otot.

Rawatan ini bukan sahaja bagi mencantikkan tubuh badan, tetapi juga dapat menghapuskan sakit otot dan sendi, dapat menggalakkan dan mengukuhkan peredaran darah. Ia juga dapat melegakan leher yang tegang, melebur dan membakar lemak, sculpting badan, menegang dan menganjalkan kulit, membantu menggerakkan otot di bahagian yang jarang atau yang sukjar untuk bersenam, menghilangkan perut buncit dan menegangkan payudara.

Pembentukkan yang diinginkan terjadi apabila arus elektrik yang lemah merangsang otot rangka (terutamanya otot merah), ia menghasilkan pergerakan otot lemak. Oleh kerana tindakan otot adalah lambat, senaman aerobik berlaku tanpa membebankan jantung. Frekuensi elektrik yang sederhana akan masuk ke dalam kulit sehingga 5cm dan boleh mencapai ke lapisan otot.

Dengan Manfaat EMS ( Stimulasi Otot Elektronik ), dapat melonggarkan kekejangan otot, mencegah dan mengurangkan atrofi yang tidak digunakan, meningkatkan peredaran darah pada kawasan setempat, melatih semula otot, perangsangan segera selepas pembedahan otot betis untuk mengelakkan vena trombosis disamping mengekal dan meningkatkan pergerakan.

Isi borang dibawah untuk sebarang pertanyaan atau tempahan