Profil Syarikat

Selamat Datang ke Aculife Malaysia HQ

“KESIHATAN ANDA BERADA DI DALAM GENGGAMAN ANDA”

Visi

Untuk diiktiraf sebagai Pusat Penjagaan dan Rawatan Kesihatan utama dan dipercayai.

Misi

Nilai Utama

Kualiti Dan Reputasi Aculife mempunyai pendekatan tanpa kompromi terhadap kualiti rawatan dan produk kami. Kami menetapkan standard kualiti yang tinggin dan kami berusaha untuk terus cemerlang sepanjang masa. Selama hamper dua dekad, aculife membuna reputasi dan menyediakan rawatan dan produk berkualiti yang dipercayai. Aculife akan berusaha untuk mengekalkan reputasi kualiti ini.

Pengenalan Syarikat Aculife (M) Sdn Bhd

“Tubuh sihat tanpa bergantung pada ubat-ubatan.”

Aculife (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan sejak tahun 2003, berada di dalam bidang kesihatan hampir 2 dekad.

Penubuhan Aculife dicetus dan di asaskan oleh Dr Muhamad Riduan Hoe dan dibantu oleh pengasas yang berpengalaman Dr Zahariah Bt Maulud.

Aktiviti utama Aculife adalah berdasarkan produk penjagaan kesihatan. R & D penghasilan produk dijalankan sendiri oleh pihak syarikat.

Aculife adalah sebuah syarikat bumiputra sepenuhnya yang ditunjangi oleh pengasas-pengasas yang berpengalaman, berpengetahuan, berkebolehan dan berkemahiran dalam bidang berkaitan dengan perubatan cina, homeopathy, terapi anion, pemasaran dan teknologi maklumat.

“6 Rawatan Utama”

ACULIFE menyediakan 6 rawatan utama merangkumi rawatan terapi Ion, akupuntur elektro , terapi frekuensi dan  kecantikan.

“8 CAWANGAN SELURUH MALAYSIA”

Terdapat 8 cawangan ACULIFE diseluruh Malaysia. 4 cawangan terletak di lembah klang. 2 cawangan di pantai timur, Kubang Kerian dan Machang. 1 di utara tanah air, Pulau Pinang dan 1 lagi di selatan tanah air,Johor.

 

“AKADEMI KESIHATAN DAN KECANTIKAN ACULIFE”

ACULIFE merupakan syarikat bertauliah di bawah Kementerian Sumber Manusia(SLDN). Melahirkan pelapis-pelapis usahawan di dalam bidang kesihatan dan kecantikan. Menyediakan perkhidmatan dan produk bagi Meningkatkan kesihatan tanpa menggunakan Bahan kimia

Cawangan Aculife(M) Sdn Bhd

Senarai cawangan-cawangan Aculife(M) Sdn Bhd di seluruh Malaysia.

01.

ACULIFE (M) SDN BHD (Head Office)

  • No 20-2, Kinrara Niaga 3, Jln
    BK5A,/2B, Bandar Kinrara, 47180
    Puchong Selangor, Malaysia
02.

ACULIFE (M) SDN BHD (Seremban)

  • F-G-14, Plaza Angsana,70400
    Seremban,Negeri Sembilan.
03.

ACULIFE (M) SDN BHD (Klang)

  • 14, Jalan Klang Sentral 4/KU5,Taman
    Klang Sentral,41050 Klang, Selangor
04.

ACULIFE (M) SDN BHD (Selayang)

  • NO.F1.48, SJ 3,Selayang
    Capitol Compleks,68100 Batu
    Caves,Selangor
05.

WELLNESS ACULIFE CENTRE(Pulau Pinang)

  • 1st Floor, 3217 Jln Kg Baru,Taman
    Tampoi Indah,14000 Bukit
    Mertajam,Pulau Pinang
06.

STD ANION TECH LIFE CENTRE (Aculife Bayu Tinggi)

  • No 59-A, Jalan Bayu Tinggi 7/KS6, Off
    Jalan Batu Unjur, 41200 klang, Selangor
07.

ACULIFE FOUR U CENTER (Machang Kelantan)

  • LOT. 1455 Kg. Batu Mentara, Jalan
    Machang Pasir Putih, 18500 Machang,
    Kelantan
08.

CARES 4U (Aculife Kelantan)

  • Lot 666, Kg Chicha,Kubang
    Kerian,16150 Kota Bharu,Kelantan

Kata Aluan Pengasas Aculife(M) Sdn Bhd

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk saya memberikan kata aluan kepada seluruh warga kerja Aculife, tenaga pengajar, para usahawan di bawah bimbingan Aculife Health Academy Center, para pelanggan Aculife dan seluruh warga Malaysia.

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya Pusat Rawatan Aculife berjaya dibangunkan dan dipertingkatkan pengisiannya dari semasa ke semasa sehingga kini terdapat 8 cawangan di seluruh Malaysia.

Saya amat berharap Pusat Rawatan Aculife ini dapat menjadi wadah utama seterusnya menjadi medium terbaik untuk menyampaikan fakta yang tepat, ilmu serta maklumat berkaitan kesihatan selain turut memaparkan pelbagai fungsi dan aktiviti -aktiviti keusahawan sebagai pelapis perkembangan rawatan kesihatan.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua tulang belakang yang menjadi tunggak kekuatan Aculife selama hampir 2 dekad ini. Semoga ia memberi manfaat kepada semua. Sekian

Pengarah Organisasi


Kenali pengarah-pengarah di Aculife Malaysia HQ.

Haziq Bin
Kidam Shah

Pengarah Urusan

Dr. Zahariah
Binti Maulud

Penasihat

Firdaus Bin Hairul Zaman

Pengarah Eksekutif

Tarmizi Bin Abdullah

Pengarah Eksekutif

Azhar Bin Abdullah

Pengarah Eksekutif

Carta Organisasi

Berminat dengan produk dan rawatan kami?

Hubungi kami seperti nombor yang tertera dan dapatkan khidmat penerangan secara percuma