Era Baru – Terapi Anion Semulajadi

Dr.Muhd Riduan Hoe

DHMS (Msia), TMMPA, TMPSA,

TMASC, AMA, AMSC (Taiwan)

CEO Aculife (M) Sdn Bhd

Peralatan Terapi Anion mampu menyelesaikan punca awal kepada penyakit yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar. Tekanan daripada cara hidup yang sibuk boleh menghasilkan ion positif yang banyak dan boleh menyebabkan badan kita berasid serta memberikan kesan penuaan. Apabila badan diisi semula dengan anion ia akan membantu meningkatkan tenaga sel badan serta meningkatkan sistem keimunan dan daya ketahanan badan. Berbeza dengan rawatan perubatan sedia ada yang menggunakan ubat-ubatan, Terapi Anion menjaga badan dan menyelesaikan masalah penjagaan kesihatan dari akar umbinya.

Sebagaimana ion positif dan negatif, jangka hayatnya adalah singkat yang mana ia hanya hidup kurang dari setengah jam. Jumlah anion di dalam udara bergantung kepada faktor persekitaran tertentu. Di taman, kawasan luar bndar, pinggir bandar, pantai, tasik, kawasan air terjun dan juga hutan, kandungan anionnya adalah lebih. Oleh sebab itu, apabila kita berada di kawasan tersebut, kita akan terasa segar dengan udara yang nyaman. Sebaliknya, apabila kita berada di kawasan bising dan sesak atau di dalam bilik berhawa dingin, kita akan berasa lemas dan panas.

Secara umumnya, kita memerlukan sekurang-kurangnya 130,000.000.000 anion di dalam rumah, pejabat, tempat awam dan tempat hiburan. Kesemua tempat tersebut hanya membekalkan kita 120,000.000.000 anion. Ini jelas menunjukkan keperluan anion adalah jauh berbeza dengan bekalan anion sedia ada. Oleh yang demikian, manusia mudah mengalami masalah pernafasan seperti Pneumonia dan Bronkitis.

Sistem hawa dingin setempat akan mengurangkan kandungan anion dalam udara. Serat Sintetik dan karpet yang mana mengandungi ion positif juga akan menyebabkan anion diserap. Selain daripada itu, peningkatan penggunaan barang berasaskan besi dan bukan serat akan mengurangkan kandungan anion dalam udara.

Anion dalam udara juga mamou mengawal pencemaran nitrogen oksida, oksigen reaktif (Oksigen radikal bebas) daripada asap rokok dan mampu mengurangkan kandungan oksigen reaktif yang mana memberi kesan kepada tubuh badan manusia. Ia juga dapat meneutralkan ion positif dalam udara yang mana dapat menyelesaikan penambahan sisa udara bukan elektrik seterusnya dapat membersihkan udara.

Anion bukan sahaja mampu meningkatkan perkumuhan dan menyimpan vitamin tetapi juga meningkatkan dan mengaktifkan aktiviti fizikal badan. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai “Vitamin Udara” yang mirip dengan vitamin makanan yang mana memberi kesan dan fungsi yang sama kepada system badan manusia dan organisma biological. Sebagai contoh, selepas pancaran kilat, kandungan anion di dalam udara akan meningkat, manusia akan merasakan udara yang lebih segar. Sebaliknya, di ruang berhawa dingin, selepas proses penggunaan hawa dingin yang agak panjang, kandungan anion akan terhapus. Oleh yang demikian, mereka akan merasa sempit rongga dada, sukar bernafas, berpinar, kurang daya tumpuan kerja dan masalah kesihatan lain. Ia di kenali sebagai ejen efektid untuk mengurangkan bakteria dan membersihkan udara. Mekanisme ini adalah penting kerana kombinasi antara anion dan bakteria akan menyebabkanb perubahan struktur bakteria lain atau pemindahan tenaga. Proses ini akan menyebabkan bakteria terhapus dan terdampar ke pantai. Pengajian perubatan telah menunjukkan bahawa anion di udara mampu membantu meningkatkan kandungan oksigen dalam saluran darah, seterusnya membantu menghantar, menyerap dan menambah oksigen di dalam saluran darah.